Friday, February 24, 2017

FB T-SHIRT INTRODUCTION

HI SEMUA...
FB T-Shirt ada INTRO dalam video suda..kami pun baru belajar cuba2 buat ne..
Bah, korg tiengok2 la..kalau korg suka, kasi share la sma kawan2 lain..tengkiu
Dlm Youtube pun ada jgk..tekan ja link d bwh ne ya,
https://www.youtube.com/watch…
enjoy the video...

Saturday, February 11, 2017

TIPS UNTUK PEMILIHAN BAJU KOPORAT

Mungkin anda mengambil mudah tentang baju koporat yang anda pakai setiap hari. Tapi sebenarnya baju korporat memberi impak dari segi penampilan. Baju koporat sering dipakai ketika ke pejabat, menghadiri mesyuarat, lawatan rasmi atau pun majlis formal.
Oleh itu kami boleh menerangkan kepada anda tentang bagaimana memilih baju korporat yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan dan meningkatkan keyakinan anda. Sebenarnya,banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai baju korporat. Ini termasuklah kualiti dalam setiap jenis kain, rekaan baju yang anda inginkan dan perinciannya.
Di sini kami akan memberikan tips yang akan membantu kita semua memilih sehelai baju korporat yang tepat, selesa dan sesuai untuk anda.


Pertama sekali adalah :

Warna baju korporat
Warna baju yang sesuai dengan imej syarikat akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita. Kombinasi warna yang sesuai dalam baju korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Apa yang paling penting ialah menyerlahkan warna dan bukannya corak semata-mata.

Fabrik
Terdapat 3 fabrik baju korporat yang sering digunakan iaitu:
i) Comb Cotton
Kain ini tidak tebal dan jenis ini mudah dibasuh, lembut, tahan lama, tidak panas dan selesa dipakai. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.
ii) Viscose
Kain Viscose pula adalah jenis yang tebal sedikit dari comb cotton dan selalunya pelanggan akan memilih kain jenis ini kerana ianya sesuai di dalam pejabat.
iii) Poly Soft
Bagi baju korporat jenis poly soft pula ianya kuat dan tahan kusut. Malahan baju korporat jenis ini dapat mengekalkan bentuk pakaian dengan agak baik. Fabrik ini dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk dan mencegah dari kedutan dimana menjimatkan masa untuk seterika baju. Di samping itu baju korporat jenis poly soft ini juga sangat mudah dicuci. Ia agak lembut dan licin. Ia juga amat sesuai untuk aktiviti di luar pejabat.

Design/ Reka Bentuk
Tahukah anda baju koporat boleh membuatkan mengubah persepsi pelanggan?
Penampilan dan pemakaian pekerja yang tidak teratur mencerminkan keperibadian terhadap organisasi anda. Rekaan baju korporat merupakan ciri paling utama semasa pemilihan pakaian untuk jabatan ataupun organisasi anda. Ia bergantung dengan konsep dan tujuan korporat samada anda mahukan sesuatu yang ringkas atau unik dalam menentukan identiti korporat masing-masing.

Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai baju korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan baju. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Berikut adalah contoh - contoh 'design' yang pelanggan boleh pilih untuk 'design' baju koporat mereka.






Semoga dengan sedikit sebanyak perkonsian ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat untuk Organisasi anda. Terima kasih juga kerana sudi membaca sehingga habis.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi atau "whatapps" kami di nombor:
010-9557674 ( farah )
088-448823 ( Pejabat )
atau email terus ke : fbtshirtent@yahoo.com